Sunday 5 February 2012

Kembali Senyum

Assalamualaikum,


Hari ini saya Muhammad Farhan Bin Abdul Rahman ingin meminta maaf secara terbuka kepada Ainatul Mardhiah Binti Azlan. Ya, aku tahu aku selalu menyakitkan hatimu. Sungguh tidak aku duga kau meninggalkanku begitu sahaja. Sebenarnya aku tiada niat untuk memutuskanmu, tetapi aku buat sebegitu hanya kerana mengujimu. Aku ingin tahu sejauh mana cintamu padaku. Tapi, kenapa kau mesti buat aku sedemikian rupa? Aku SAYANG padamu.Adakah kau masih ingat kau tanya kepadaku dulu kenapa aku letak lagu Kembali Senyum ini di blog aku? tp aku cakap suruh kau dengar sendiri kan? Sekarang kau dah dengar penjelasan ku? Adakah kau masih mahu bersikap kejam kepadaku? Tolonglah sayang, aku ingin kau kembali kepadaku. Besar sangatkah permintaanku ini dibandingkan dengan segalanya? Aku tahu kau tidak suka mengungkit. OK, aku tidak mengungkit lagi. Sekarang aku janji kepadamu, Aku tidak lagi akan bersikap seperti dulu, cari gaduh. Tolonglah bagi aku peluang terakhir. TOLONG!! Aku merayu sangat kepadamu.





Di hatiku ada cinta
Di hati mu bertunas cinta
Sudikah kau bercinta
Kita temukan dua jiwa
Kemari cantumkan dua hati menjadi satu .

Biar perasaan terus merindu
Sedang hati sudah berpadu
Biar mata ingin bersua
Walau jiwa sudah bersama
Biar telinga mahu mendengar
Kerana mulut selalu berkata .

Kita menulis membelai cinta
Membena rasa bahagia
Jauhi duka derita .
Sabar menunggu saat bersama ...


Sesungguhnya kami ( Allah ) memberi engkau ( Muhammad )
Perigi Kautsar .
Maka sembahlah Tuhanmu dan berkurbanlah .
Sesungguhnya orang yang membenci mu itu adalah terputus
( dari segala kebaikan ) .
Moga aku mengikut segala hukum kerana cinta .
Moga aku ikhlas dalam segala galanya .
Moga aku di temukan dengan orang orang yang ikhlas .

No comments: