Monday 6 February 2012

Luahan Hati

Pertama kali ku dengar suaramu, 
sayunya hatiku merindui dirimu,
walaupun belum kita bersua muka,
namun aku tetap jatuh cinta.


Haha, sempat pula nak berlawak. Tak ada la sebenarnya hari ini aku tengah sedih. Sebab tu la aku jadi gila sikit. Saja nak menghiburkan hati yang lara. Teringat saat kita bercinta dulu sayang. Saat pertama kali ku melihat wajahmu, mataku tertancap kematamu, mataku tertarik kepadamu. Kerana dalam cinta, mata jujur berkata-kata. Jika sempat kutemui Hang Tuah, kan kukata kaulah Tun Teja Ada Cinta Di Matanya Aku berterima kasih dan bersyukur kepada Allah yang Maha Esa untuk hari yang dia bawakan kau dalam hidupku.Walaupun,
 seawal cinta kita hatiku telah disakitkan dengan membaca surat daripadamu, yang menyatakan kau menerimaku tetapi hatimu bukan padaku. Aku sangat sedih disaat itu. Cuba kau bayangkan, hati mana yang tidak sedih mengalami peristiwa sebegitu perit. Keindahanku seperti sesuatu yang disentap sebegitu saja. Tapi, aku gagahkan jiwaku. Untuk hadapi hari-hari seterusnya bersamamu. Aku yakin kau akan berubah. Sayang tidak boleh di paksa. Sayang datang tanpa perlu bermohon dan sayang akan ghaib walau sehebat mana seruanmu. Jikalau kau meletakkan orang lain ditempatku saat itu, adakah mereka akan bersikap sedemikian rupa juga? Menempuh hari-hari yang sudah tentu perit. Tidak besarkah pengorbananku kepadamu? Tapi, akhirnya dapat juga ku menangi hatimu. Di saat itu, aku rasa seperti tidak mahu bangun dari mimpi yang indah. Sewaktu dalam alam khayal itu kita bahagia, mengapa mesti kembali ke alam nyata. Jarang ku melutut serendah ini, membuktikan kasih yang amat tinggi. Kau telah mencuri hatiku sayang, hatiku mati buatmu selamanya. Cintamu terlalu menikam jiwaku, keris tidak lagi diperlukan. Jika denganmu dulu aku cepat terasuh menjadi insan yang lebih kukuh. Tapi, sekarang aku bagai hilang semangat, hilang arah hidup. Seperti kata orang"dunia akan terkejut apabila seseorang itu membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak terkejut akan kematian seseorang itu kerana membunuh diri akibat putus cinta". Rindu ini telah separuh jalan, tetap ku rasa bahagia walau kau tak sedia menyambutnya. Bayangkanlah betapa besarnya cintaku padamu, jika ada sesuatu terjadi kepadamu aku akan menjadi gila. Jika cinta itu satu kesalahan, biarlah aku yang bersalah. Aku menunggu keputusanmu. Sampai sekarang sudah pukul 5.30 pagi. Masih tiada jawapan daripadamu lagi.
jika kau memilihnya, jika kita ditakdirkan berpisah, percayalah aku kekasih paling sengsara. Dulu kau beriku lagu Ya Sudahlah. Kau cakap apapun yang terjadi, kau akan selalu ada untukku. Jangan bersedih, coz everythings gonna be okay. Tapi sekarang, adakah kau untuk hidupku??
Hidup tanpamu bagaikan tidur dan selamanya tidak didatangi mimpi indah. Hatiku, jantung ku menangis bila kita berjauhan. Tiada apa yang boleh menghalangku daripada terus mencintaimu, kerana kau cinta, hati dan nyawaku. Kau adalah ratu, bidadari dan puteri dalam hidupku. Kau segala-galanya bagiku. Kau lah yang paling penting dalam hidupku. kau adalah muzik yang membuat aku menyanyi. Kau adalah sebahagian lagi untuk aku berasa sepenuhnya. Ciuman dan pelukanmu membuat hatiku cair seperti aiskrim coklat di waktu panas. Ciumanmu juga ibarat
coklat panas di malam yang amat sejuk. Cinta kepadamu ibarat batu yang selamanya tak pernah akan pecah.



andai waktu mampu ku ulangi
ingin benar aku kembali
kala kau masih disisi
bersama kita semai cinta ini

andai aku mampu kembali
saat kita mengukir janji
akanku serah seluruh jiwa ini 


Oh rembulan tahukah engkau...
Diujung langit mana dia terbang?
Tak satupun nampak jejak juga bayang
Masihkah rindu ini harus ku genggam
Hingga sampai saat itu menjelang
Aku mencintainya sepenuh hati
Amat merinduinya meski telah pergi
Ku hanya ingin bertatap Walau hanya sekejap
Namun itu takkan mungkin terjadi
Tidakkah seharusnya rasa ini telah mati
Dan sirna dari hati ini...
Namun dia tetap bertahta di sanubari


Maafkan aku yang memang redup...
tak layak mengharap kemuliaan seorang bidadari sepertimu
Apabila engkau menutup pintu dan tak memberi seberkas cahaya, tak apa
Memang seharusnya begitu...
Dan kiranya aku merangkak dan kau tak melihatku, tak apa


Memang di luar sana benyak lelaki yang sanggup menuliskan ribuan sajak untukmu
Dan aku hanya memetik bunga violet dari taman depan
Di luar sana banyak saudagar yang sanggup mempersembahkan villa mewah untukmu
Dan aku hanya bisa membut rumah di desa
tapi rembulan walau ia tak bertemu mentari ia tetap memberikan cahayanya
Dan rembulan dengan senang hati memantulkannya kembali demi bumi agar tidak gelap


Aku sendiri di sini Yang selalu Mengharap hadir mu
Menanti Kasih sayang yang sempurna kian hari ku mengharapmu
Tuk mendampingi ku yang tak mampu menatap cinta lain Yang tak
sanggup berdiri seperti dulu
Harus kemana lagi aku berjalan Mencari dirimu yang penuh dengan cinta
Haruskah aku terus berjuang Menelusuri ranjau yang penuh duri?

Aku tak mengharap lebih darimu
Hanya Cintamu yang kuingin
Hanya Kasih sayang mu yang harap
Andai takdir tak berpihak padaku
Berilah aku kesempatan tuk mencarinya


1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
2. Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat yang tiada seumpama baginya sesuatupun. Dan Dia mengetahui setiap sesuatu.
3. Dengan nama Allah yang maha mencipta lagi maha mengetahui yang tiada seumpama baginya sesuatupun. Dan Dia Maha pembuka lagi maha mengetahui. 
4. Dengan nama Allah yang tiada seumpama baginya sesuatupun, dan Dialah yang maha menge- tahui lagi maha bijaksana. 
5. Dengan nama Allah yang tiada seumpama baginya sesuatupun.



Ya Allah jadikan aku disayangi pada hati hati orang mukmin & mukminat, muslimin & muslimat. Maka gembirakanlah aku, sampaikanlah aku & kayakan aku hingga 1200 kebaikan. Allah adalah
sebaik baik penjaga & Dia maha pemurah dan maha menyayangi.



Perasaanku


Awak, saya taw awak dalam kebuntuan. Awak tak dapat memilih mana yang awak rasa terbaik untuk awak kan? Tadi, saya nampak awak saya rase macam nak peluk awak seerat yang boleh. Tapi, awak bersama BF baru awak. Saya rasa serba salah sangat. Tapi, saya betul-betul sayangkan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Balik daripada awak jumpa BF awak, kita ada msg. Awak cakap kat saya hari ini birthday BF awak. Awak cume nak buat dia happy. Ok, takpe. Awak cakap dia dapat buat menangis, dia nak jaga awak la ape la. Tapi, masa saya sambutkan birthday awak, awak tak cakap macam tu kat saya. Tapi, saya tetap gembira kerana dapat buat awak bahagia. Awak cakap kat saya tak pernah orang sambut birthday awk, jadi saya buatkan untuk awak. Sebenarnya dalam hati saya, saya menangis sebab saya dapat buat awak gembira. Awak, cube awak bayangkan siapa lagi banyak buat awak menangis kerana awak bahagia? Kadang-kadang saya mengalah, saya diam.
 Semalam saya memaksa awak memilih, saya bagi awak masa yg singkat. Tapi, hari ni saya ng lagi awak masa. saya minta awak bagi keputusan awak sebelum pukul 12 tengah malam ni. Saya taw semalam awak masih buntu, tapi awak tolong buat keputusan yang terbaik untuk awak. Awak bandingkanlah dari semua segi, siapa yg banyak meluangkan masa untuk awak, siapa yang lebih membantu dari segi pelajaran ke? motivasi ke? Semuanya lah sayang. Apapun keputusan awak saya akan hormat tp dengan alasan. sekian saja. saya harap awak buat keputusan sebaiknya. Awak ingat balik saat kita bersama, dari suka ke duka, dari biasa ke dosa


  

Sunday 5 February 2012

Kembali Senyum

Assalamualaikum,


Hari ini saya Muhammad Farhan Bin Abdul Rahman ingin meminta maaf secara terbuka kepada Ainatul Mardhiah Binti Azlan. Ya, aku tahu aku selalu menyakitkan hatimu. Sungguh tidak aku duga kau meninggalkanku begitu sahaja. Sebenarnya aku tiada niat untuk memutuskanmu, tetapi aku buat sebegitu hanya kerana mengujimu. Aku ingin tahu sejauh mana cintamu padaku. Tapi, kenapa kau mesti buat aku sedemikian rupa? Aku SAYANG padamu.Adakah kau masih ingat kau tanya kepadaku dulu kenapa aku letak lagu Kembali Senyum ini di blog aku? tp aku cakap suruh kau dengar sendiri kan? Sekarang kau dah dengar penjelasan ku? Adakah kau masih mahu bersikap kejam kepadaku? Tolonglah sayang, aku ingin kau kembali kepadaku. Besar sangatkah permintaanku ini dibandingkan dengan segalanya? Aku tahu kau tidak suka mengungkit. OK, aku tidak mengungkit lagi. Sekarang aku janji kepadamu, Aku tidak lagi akan bersikap seperti dulu, cari gaduh. Tolonglah bagi aku peluang terakhir. TOLONG!! Aku merayu sangat kepadamu.





Di hatiku ada cinta
Di hati mu bertunas cinta
Sudikah kau bercinta
Kita temukan dua jiwa
Kemari cantumkan dua hati menjadi satu .

Biar perasaan terus merindu
Sedang hati sudah berpadu
Biar mata ingin bersua
Walau jiwa sudah bersama
Biar telinga mahu mendengar
Kerana mulut selalu berkata .

Kita menulis membelai cinta
Membena rasa bahagia
Jauhi duka derita .
Sabar menunggu saat bersama ...


Sesungguhnya kami ( Allah ) memberi engkau ( Muhammad )
Perigi Kautsar .
Maka sembahlah Tuhanmu dan berkurbanlah .
Sesungguhnya orang yang membenci mu itu adalah terputus
( dari segala kebaikan ) .
Moga aku mengikut segala hukum kerana cinta .
Moga aku ikhlas dalam segala galanya .
Moga aku di temukan dengan orang orang yang ikhlas .

Friday 3 February 2012

Maulidur Rasul

MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi.

Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.


Sejarah ringkas
Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.

Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer.
Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan.

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan.

Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup.

Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.

Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti:

“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: “Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah.

“Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.

“Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran.

“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

“Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya.

“Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.

“Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’animenjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”.

Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.



Sumber : Pondok Pasir Tumbuh ( Al Bakriah.com)

Wednesday 28 December 2011

KISAH KITA



Ak knal dye tyme sblom dye pmr, dye ckp tyme 2 lau nk dye tnggu dye smpai dye abiez pmr. So, ak tnggu la dye. Smpai la satu ary 2 tyme 2 15 aryblan malam 2 ak msg dye sbb dye ckp spe yg cri dye dlu lpas dye abiez Pmr dye plih org 2. Jd ak la orgnye. Tp xlme drpd 2, xslah ak smnggu lpas cple ak dpt surat dr dye ckp yg dye suke plih ak sbnrnye bkn dye syg ak. Tp dye terpaksa trime sdgkn aty dye utk org lain. Ad suratnye, nty bile ak free ak post surat yg dye bg 2 eh. Btpe sdihnye la ak tyme 2, tp skrg kteorg da epy. hope smpai bile2. doakan kejayaan hbngn kteorg.